mungkin diketika dirimu sedang membaca
bait-bait warkah bisuku
aku sudah tiada lagi di alam fana ini
yang bisa menemanimu dikala sunyi
yang menjadi teman curahan hati
yang menjadi pengubat rindu dikala sepi
sayang...
sudah terlalu lama rasanya
aku menyimpan perkara ini dari pengetahuanmu.
dan sebenarnya di ketika aku masih lagi
mampu untuk tersenyum manis dihadapanmu
diketika itu jua aku sedang menghitung detik dan waktu
untuk menghabiskan sisa-sisa
kehidupan terakhirku
sebelum malaikat maut datang menjemputku pulang...
sayang...
siapa menyangka ketika aku
masih mampu bergurau senda berbual mesra
disaat itu
diriku sedang tenat melawan kesakitan
yang amat sakit dan siksanya aku rasakan
tiada siapa yang tahu akan kesengsaraan yang aku
alami sejak sekian lama
kerana aku telah berjanji pada diriku sendiri
untuk menyimpannya sehingga denyutan nadi terhenti
sayang...
sebelum ini telah ku cuba
untuk memberitahumu keadaan sebenarku
namun aku tidak berdaya
aku sering dikatakan hanya omong kosong
lihat saja sekujur tubuh ini
yang lemah dan tidak bernyawa
tidak mampu lagi mengungkapkan bicara
sayang...
terima kasih kerana tidak mahu
menunaikan permintaan terakhirku
untuk bersamamu kembali menyulam
kasih yang telah lama bertaut
diantara dua hati yang saling mencintai
aku hanya mahu untuk menumpang kasih
buat sementara waktu
namun...
hatiku hancur luluh atas keegoan sikapmu itu
dan apabila aku sudah pergi untuk selamanya
jangan pernah menyesal atas perbuatanmu
terhadap diriku
kerana aku,
tidak akan pernah kembali untuk selamanya
ketahuilah sayang...
sehingga hembusan nafas terakhirku
hanya dirimu yang aku cintai hingga ke akhir hayat.
al-fatihah...
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Hello there :)
ReplyDelete